Tuesday, May 22, 2012
Because I Miss You
Biasa la kadang-kadang tu lagu boleh buat kita rasa macam kenaaaaa je kan. Lagu ni kira kena la ..kot (tapi kena translate..heh)
Monday, May 14, 2012
Tangisan Yang Senyap
Tangisan ku itu tidak kau lihat,
Tangisan ku itu tiada siapa yang lihat,
Tangisan ku hanya dalam gelap,
Tangisan ku hanya tangisan yang senyap.
Ketika ku menangis dulu kau usap airmataku,
Menghiburkan ku dengan jenakamu,
Kau menghabiskan masa mu bersamaku,
Cuba menghilangkan tangisan tanpa hentiku.
Ketika ku menangis dulu kau nyanyikan lagu untukku,
Memetik gitarmu senandungkan lagu sambil tersenyum,
Walau kejauhan kau masih memetik gitar mendendangkan lagu,
Menenangkan hati ku, membuatku tersenyum bahagia,
Tapi kini, walau sudah sekian lama,
Aku masih menangis,
Tangisanku kerna dirimu,
Tangisanku yang pernah kau hentikan dulu,
Kau kini tidak ambil peduli,
Kerana .. kerana.. aku bukan sesiapa bagi mu.
Kini ku faham mengapa kau menghubungiku pada saat itu,
Merungkaikan kata maaf,
Menitis airmataku ketika itu,
Kerana tiada jawapan yang dapat kuberi,
Rupanya kau akan meninggalkanku,
Menjadi milik orang lain selamanya,
Tapi tangisan ku ini hanya milikku,
Tangisan ku ini tangisan yang senyap.
Friday, January 13, 2012
MAKE YOUR PASSION YOUR PROFESSION
Ok, terus terang, bidang komputer memang bukan bidang aku. Memang aku belajar programming dulu..tapi..tu la..silap sendiri juga la tu kan. Kepada yang memang dah kenal aku, memang tau la apa yang aku memang sangat-sangat minat kan. Tapi banyak betul perkara yang kena ambil berat juga. Gaji yang paling utama, kestabilan kerja tu, pandangan orang.. macam-macam lagi la kan..Aku pun bukan orang senang, kena la banyak pikir sebelum nak ikut kepala aku je.
Tapi life must go on. Sekarang ini pada aku, just go with the flow, buat jela, nak kata apa kan(ayat sangat pasrah..wahahaha). Bukan apa, sejak bekerja ni, aku ada mendapat satu penyakit yang tak perlu la aku bagi spesifikasinya kat sini (tambah pula faktor-faktor lain). Yang penting agak makan diri juga. Tapi nak buat macam mana, harung jela kan.
Untuk anda-anda yang memang berkemampuan untuk ikut apa yang anda betul-betul mahu, silalah percaya yang saya sangat cemburu dengan anda..haha..tapi tak apa la, saya harap kalau benda ini boleh bahagiakan mak dan ayah, mesti ada keberkatan di situ ..huhu..
Tapi kan, saya pernah bermimpi untuk mencapai sesuatu..Saya berharap ia tidak mustahil dan saya akan cuba..Mana la tahu kan..Masa depan kita, bukan kita yang tentukan, semuanya Allah dah tetapkan, usaha jela.
Yang kuatkan semangat aku sekarang ini memang keluarga la. Terutamanya adik aku yang pendek tu..haha..Sebab kalau ikutkan aku memang dah down habis ni. Entahlah, mungkin aku je yang terlebih fikirkan benda ni..
.....Aku berharap akan lebih bahagia pada masa depan..Aku akan tunggu saat itu.
Friday, December 30, 2011
GeMoK
Aku memang ngaku aku dah lama mengalami kegemukan ni..rasanya sejak darjah 4. Terus terang, aku memang sangat tension pasal perkara ni..lagi-lagi sekarang macam dah agak berusia jugak la kan..stamina badan pun bergantung pada benda ni jugak..
Setiap kali awal tahun aku mesti berazam nak kuruskan badan..Tapi kebiasaannya hangat-hangat tahi ayam jela..kihkihkih..Tapi aku harap kali ini aku betul-betul boleh buat..Ni bukan main-main..ini betul-betul..hahaha
Memang ade je kawan yang kata aku lagi elok macam ini. Ada yang kata sesetengah orang suka pasangan yang berisi(gitu~)..Tapi tak boleh la..aku nak sihat selalu. Benda ini boleh bawa penyakit. Seram. Tapi kalau kurus pon tak bererti sihat jugak. Kolestrol tu kena jaga (cewah).
Buat masa ini aku sedang ikut nasihat doktor untuk menjadi vegetarian. Well, not fully vegetarian. Rileks, kita dibenarkan makan benda2 tu jadi jangan menidakkan. Sebenarnya banyak je makanan vegetarian ni. Aku je yang tak tau selama ni.
Lastly, aku harap aku ada masa untuk exercise lepas ni coz i need it badly!!! ciao~~
Wednesday, December 21, 2011
...Kosong....
Saya tahu...
Bilakah aku dapat membelamu wahai kucing...
Tuesday, December 20, 2011
Akhir Tahun Punya Cerita
Pada masa-masa macam ini, orang lain sibuk nak menghabiskan cuti mereka dengan bercuti sampai la tahun baru. Cisssss..mentang-mentang la cuti aku dah habis.cis lagi. Di tambah pulak dengan dapat task baru neh, kena siap sebelum new year. Aduh...nape la semuanya mesti last minute macam ini. Tension doowwwhhh~~~
Tapi perkara yang bestnye akhir tahun camni memang la Year End Sale kan..hohoho..Memang bertambah keseronokan sebab orang lain yang dapat bonus (a.k.a mak ngan adik), pastu aku sekali dapat habuan..YAHOOOOOO!!Adalah dapat barang..hehe..Alhamdulillah~~
Satu perkara yang memang menjadi kemestian akhir tahun ni adalah azam baru..Aku punya azam yang dok berulang je (mau jugak 10 tahun) ni adalah nak kurus. Aku pun tak paham la kenapa liat bebenor nak kurusnya (padahal memang kuat makan). Tak apa la, cuba jela tahun ni..Kot-kot dapat pulak kan.
Aku berharap tahun hadapan akan menjadi tahun yang lebih baik pada aku dan keluarga, lebih baik bagi segala-galanya. Adios!
Wednesday, December 14, 2011
Sahabat gaduh, tapi sayang
Selama ini, satu-satunya sahabat baik saya adalah adik perempuan saya, yang memang sentiasa jadi kawan bercerita, kawan bergaduh, kawan ketawa, kawan cerita pasal lelaki hot, hahaha..
Pada suatu hari (OK macam permulaan cerita dongeng, saya mengenali seseorang ini yang memang saya tak sangka sudi menjadi kawan saya (OK macam cerita budak sekolah rendah). Pada ketika itu, saya sangat tertekan kerana banyak masalah menimpa, tak kisah la percintaan ke (erk....), keluarga ke, kerja ke, semua saya luah pada dia sebab saya tau walaupun dia pening tapi dia layankan je sebab kesian kat saya la kot (wuwuwuwuwuwu).
Hari demi hari, kami makin rapat dan saya selalu akan ingat untuk bawa dia ke mana saja saya nak pergi, contohnya makan ke, karaoke ke (kemestian), wayang je tak kesampaian. Saya sangat gembira dia hadir dalam hidup saya.
Sampai satu ketika ada salah faham antara kami. Ya, saya rasa memang salah saya kerana berkecil hati sebab dia sanggup teman orang lain sedangkan saya berharap untuk berjumpa dengannya pada hari itu selepas lama tak jumpa (bile tengok balik, sangat la tak matang aku ni..ceh). Selepas itu, kami berjumpa, saya tak sengaja tersakitkan hati dia dengan mulut saya yang memang tak boleh blah ni kalau tengah kecil hati. Tapi tak sangka dia betul-betul makan dalam apa yang saya cakap dan saya rasa sekarang saya masuk dalam senarai orang yang dia paling tak nak jumpa(padan muka gak sebenarnya).
Jadi, saya rasa persahabatan kami sampai situ pada dia. Tapi pada saya, dia tetap kawan saya dan saya takkan berhenti minta maaf walaupun dah tak sampaikan melalui mesej etc.
Tuesday, December 13, 2011
...apabila rasa makin tua..
Lenjan ialah sebuah filem drama thriller arahan , Ismail Yaacob yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 2 Julai 1998. Filem yang dibintangi oleh Eman Manan, Rosyam Nordan Nina Juren ini menonjolkan kehebatan lakonan Rosyam Nor.Filem ini juga turut mewakii Malaysia pada Festival Filem Asia Pasifik dan berjaya merangkul anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik yang dimenangi oleh pelakon Rosyam Nor .
Pencapaian:
- Penyunting Terbaik-Elias Maidin(Pemenang)
- Pengarah Harapan –Ismail Yaacob(Pemenang)
Anugerah Skrin Keempat,1999
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik-Rosyam Nor (Pemenang)
Aku pon jawab la, "Ala..Nina Juren la ni..". Kemudian dia tanya lagi ,"Sape tu".
"......................................................................," aku agak cengkerik di situ. Pada zaman aku, Nina Juren adalah salah sorang pelakon wanita yang famous gak pastu kira hot la zaman tu...haih...rasanya macam baru je lagi dia berhenti berlakon. So, aku memang la dah tua..MUAHAHAHAHAHAHA.
p/s: aku pon tak paham ape motif aku ni, & aku tak tau ade ke tak orang baca ni, tapi aku saje nak cite :)
Tuesday, February 22, 2011
suka ati aku la pantun aku
Luka di hati lama nak sembuh,
Mencari teman tempat mengadu,
Bangun tidurku pagi nan subuh,
Fikiran melayang menanggung rindu.
Membawa diri ke Ulu Chepa,
Singgah sebentar di Inderagiri,
Bersiap ke kerja menghias rupa,
Berlagak gembira sembunyi diri.
Merentas hutan nampak rerama,
Di kala malam terlihat kekunang,
Kereta ku bawa lagu bergema,
Memaksa diri jangan mengenang.
Melepas lelah di kota Melaka,
Pesan teman lantas terngiang,
Tiba di Serdang kenangan belaka,
Airmata ku tahan bernyanyi riang.
Indah sungguh mawar di taman,
Cantik ditanam tanah nan rata,
Di tempat kerja bersenyum-senyuman,
Sibukkan diri mengubat derita.
Pantun dibawa zaman berzaman,
Cantik bahasa indah susunannya,
Balik kerja kawan meneman,
Mengelak diri teringat padanya.
Melentur buluh dari rebung,
Andai rebungnya mampu disua,
Kala malam sunyi menyelubung,
Bayang mu bagai bayang ku jua.
Bermain si kecil tampaknya leka,
Tersalah langkah luka di siku,
Fikirku tidur pemisah duka,
Manakan tahu dikau mimpiku.
Mengintai-intai di balik tabir,
Terlihat pahlawan dari Jawa,
Bangun tidurku senyum di bibir,
Mengulang semula derita di jiwa.
p/s: pantun ini memang ade kena mengena ngan orang yang idop…alalalalala~
Friday, February 18, 2011
Gile lama tak update
Officially dah koje..tapi ade plak percubaan 6 bulan..haih..sabau jela..
Sejak kebelakangan ni..aku rasa macam nak sangat mandi sungai..eii..teringin bebenor rasanya..dah ade invitation dari eda(ngee~) tapi tak dapat la..sori bro..hehehe..
Kepada blogger tegar..silalah ajar camne nak ade idea menulis..aku pon tak tau ape aku merapu neh..hahahaha
p/s: aku rindu nak karaoke
Friday, August 13, 2010
Rindu.
1-Rindu keluarga..waa..lamanya tak balik
2-Rindu Mohd Razaliegh bin Mohd Rashid
3-Rindu geng9 ~~Eina, Mar, Ecah, Mal, Emma, Zana, Mir & Moon
4-Rindu rumate~~Siti Suhaila bt Bahari
5-Rindu kawan2 UPM
6-Rindu suasana UPM
7-Rindu bilik band
8-Rindu keseronokan buat persembahan time event
9-Rindu bilik 2013 Jelawat
10-Rindu Astaka Seni dan orang2 yang berkaitan..ngeh3
11-Rindu nak online malam2 sampai lebam *dulu ade uspot..huhu*
12-Rindu nak gi karaoke tanpa dirancang
13-Rindu fudkot putra*dulu bising kata bosan..hehe*
14-Rindu nak bangun lambat..*erk*
15- Rindu WAKA2 ecah..yah!!
16-Rindu nak lawan2 status ngan Mar walaupun sebelah katil..hehe
17-Rindu banyak lagu yang aku dah tak dapat dengar sebab nak lupakan kenangan ngan "orang tu"
18-Rindu nak lepak dewan ngan Jali, Najlaa, Bell, Bunga, Ann ngan Zuzu~
19-Rindu nak gi maulana pagi2 masa takde kelas..hehe
20-Rindu nak kena marah ngan su..haha
.......Sebenarnya macam banyak lagi..tapi to be continued la ye..haha...
Wednesday, August 11, 2010
sebulan koje
Dah sebulan koje kat cyberjaya neh..macam2 benda baru yang aku dapat..benda yang aku rasa pernah jumpa banyaaaakk sangat..asal bley lupe sume tu ye..adoyai, ape la aku blajo 6 tahun tu pon aku tak tau..hahaha..kawan2 kat sini pon ok, bos pon ok, environment pon ok..pendek kata aku memang suka..tapi tula..bukan confirm gi..takut nak suka lebey2 plak kan..Rasanya benda paling baru yang aku dapat, main Paintball le..serius banyak lebam naik, tapi sonok gile..serius..huhu
Macam2 btol dah jadi sebulan neh..Mengikut ape yang aku rasa la..banyak yang duka..benda kecik je sebenarnya, entah macam mana jadi besar entah..jadi cara yang aku rasa sesuai nak lupakan sume tu wat masa ni..sebukkan diri anda dengan keje..memang berkesan..betol..tapi bila free *macam sekarang* mula la balik kan..huhu
Sebenarnya aku rasa seronok gak dapat keje, tapi yang terkilannye tu *cewah* sebab aku tak dapat spend masa banyak kat umah..sebuk tesis ngan training kat upm aritu, jumlah masa aku kat umah 2 minggu je..2 minggu tu, sempat ape je pon..huhu..dah la baru pindah..sebuk ngemas jerh..arrgghh..aku nak berehat!!
Benda yang paling aku rasa hebat pada aku semenjak keje neh adalah..jeng3..bangun awal..mana taknya, kul 7 tu paling lambat kuar umah.. yela ..perjalanan aku ke cyber tu 1 jam, kena naik tren, pastu 2 bas gi..aku rasa penat perjalanan je hari2..tapi demi keluarga terchenta,aku kuatkan semangat..yeah!
ok le...ade koje..selamat bekerja sume..and selamat berpose !!
Thursday, August 5, 2010
Buat2 selamba..
Minggu neh pon cam blur2 gak la..tapi buat2 selamba je..lama2 jadi la selamba betol2..pe aku merapu neh..cepatla semua rasa neh pegi..tapi kan, pas semua neh jadi..memang trauma abis la..memang dah tutup ati abis dah untuk sume benda..aku pon dah malas nak jaga ati orang dah..penat..
So mulai sekarang..gua nak mula idop baru..yeah..boleh2!!
Thursday, July 29, 2010
Waspade dengan perasaan ande
Friday, June 25, 2010
Kawen...kawen....
Yang aku tak sukanya aku selalu dengar benda yang orang suka cakap, tapi aku tak suka nak dengar - "Kamu bila lagi nak kawen, time umor kamu ni mak kamu dah ade anak sekian2 dah.." Adoi makcik, tu mak saya, saya ngan mak saya punya beza memang cam langit ngan bumi dah. Lagipun time tu beza ngan sekarang.
Sebenarnya, ade beberapa perkara yang aku rasa sebab kukuh aku tak bley kawen (pada aku la)
1- Mak ayah aku tak hidup senang lagi
2- Aku nak adik aku kawen dulu, tak kesah la orang kata langkah bendul ke, cendol ke, suka aku la..haha
3- Keje pon takde gi, takkan nak harap duit turun dari langit. Nak kawen pakai banyak duit woo..
4- Aku rasa aku sangat2 la tak bersedia nak kawen. Macam tak cukup matang lagi. Kawen ni banyak tanggungjawab, mampu ke aku.
5- Sebab yang sangat besar- Pakwe pon takde, nak cekau laki mana nak wat laki?haha. Aku ngaku aku memang ramai membe laki memandangkan aku punya minat memang cam budak laki2. Nak wat camne. Tapi yang serius? Takde maknanya..
6- Sebab terbesar sekali, ayat yang memang cliche- belum sampai jodoh lagi. Bila nak sampai? Aku mana la tahu kan..
Aku rasa 6 sebab tu dah cukup pada aku untuk menyatakan ketidakbolehan aku dalam urusan perkahwinan ni..haha..Tapi aku harap2 adik2, dan kawan2 aku dapat jodoh yang baik, yang dapat jaga diorang. Insya Allah. Janganla lupa jemput masa kawen nanti dah le..hehe..Aku ni dah siap planning untuk kenduri kawen adik aku. Walaupun dia pon belom lagi..Tak pedulik..wekk~
Sama2 la kita hayati artikel ini:
Perkahwinan dalam islam telah disyariatkan oleh Al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama'. Firman Allah, 'Dan kahwinilah orang-orang bujang lelaki & perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan'. (Surah An-Nur : 32)
Dalil pensyariatan dari Sunnah, bersabda Rasulullah, 'Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian). Bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menahan nafsunya'. (H.R.Bukhari & Muslim)
Akhir kata, kawen la dengan hati yang ikhlas, bukan sebab nafsu semata, bukan sebab jeles tengok orang lain dah kawen..bukan2..Ok..nak tido...Huuuaaaaarrghh~
Wednesday, June 23, 2010
books in my life
Memang dari kecik lagi aku suka ngadap buku. Bukan nak ngaku poyo (tapi cam ye je)..tapi aku memang suka. Tapi aku suka layan buku2 english sebab cite dia pelbagai and i really enjoy them. Ade jugak novel2 melayu yang aku layan, jangan salah paham, tapi kureng sket..Itu pendapat aku je..
My very first novel is Sweet Valley. Cite dia cam series la gak. Mengisahkan kehidupan dua orang k
embar yang mengharungi kehidupan harian yang pelbagai. Kadang2 diorang kena menyiasat, kadang2 gado2 sesama sendiri..ala2 masalah remaja la konon.
Followed by Princess Bride. Novel yang aku beli ni versi adaptasi, jadi dia dah ringkaskan sket. Tapi still menarik. Mengisahkan sorang gadis yang jatuh cinta pada orang suruhan keluarganya. Tiba2 watak hero tu hilang. Rupa2 nya dia jadi Jack Sparrow( cam pelik). Kiranya dia meneruskan takhta Jack Sparrow, jaga Black Pearl. Its a romantic, action story. Nice.Pastu banyak lagi buku2 yang aku cuba. Aku bernasib baik sebab walaupun aku amik je buku yang aku baca sinopsis dia cam best, memang best pon. So tiada pembaziran di situ ye..Sampai satu ketika aku terjumpa satu buku.
Aku pon tak ingat nape aku pilih buku ni masa tu, tapi aku memang nangis2 la baca buku ni. Dah la masa tu tengah bulan puasa. Lepas sahur je aku nangis2 baca. Kena sound ngan mak
cik aku sebab emo sangat..haha..Cite dia aku dah tak berapa ingat, tapi mengisahkan pasal seorang gadis ngan anjing peliharaannya. Anjing tu sangat setia. This is the first Nicholas Sparks's book i read and since that he became my favourite author..huhu..Aku meneruskan baca buku2 dia. Banyak yang aku beli, semua tangkap leleh punya. The Notebook, Messsage In a Bottle.Banyak lagi. But ,my favourite book until now is this one..
A Walk To Remember. Aku rasa ramai yang tau movie ni. Tapi pendapat aku, buku dia is much2 better. Pendapat aku la. Memang nangis kalo baca. Watak2 pon lagi sedey kalo baca berbanding kalo tengok movie ni. Sampai arini aku rasa cite ni is the best.Seterusnya aku meneruskan perjalanan dengan buku2 lain termasuk buku Jane Austen. Contohnya Pride and Prejudice, Emma, ngan Sense and Sensibility. Satu hari aku terpinjam buku Zana, Undomestic Goddes by Sophie Kinsella. Suddenly she becomes my fav list too..hehe..Aku terus cari buku2 dia and I think my favourite is:

Can You Keep A Secret. Aku suka sangat watak utama cite ni, Clumsy2 (cam aku gak), tak pernah capai ape yang dia nak. huhu..Cite ni mengisahkan seorang gadis ni tengah naik kapal terbang. Masa kapal terbang tu alami masalah, macam gegar2 kat langit tu, dia ni takut sangat sampai wat confession pasal rahsia2 dia tanpa disedari. Sorang mamat kat sebelah tu dengar, tapi dia sedapkn ati kata tak kesah. Yela..mana la nk jumpe lagi kn. Sekali mamat tu bos dia daa...
So sekarang ni aku tengah tunggu nak beli buku baru lagi. Huh!go mira go!
Sunday, June 20, 2010
kenapa saya suka karok
2-sebab saya suka nyanyi ramai2 dengan kawan2 saya.
3- sebab saya suka muzik
4-sebab hanya dengan ini saya dapat luahkan perasaan saya terhadap AWAK tanpa orang tahu.
Saturday, June 19, 2010
ada sumthin yang tak kena..
Sunday, May 23, 2010
not worth it
p/s: gaining my own strength..uuff~
Friday, May 21, 2010
HAHAHAHAHAHAHAHAHA
memang klakar la sume ni...how foolish i've been....