Friday, June 25, 2010

Kawen...kawen....

Jam dah menunjukkan pukul 2.18 a.m. Tapi aku tak boleh gak lelap mata. Padahal aku yang ngantuk dari tadi. Biasala. Time malam2 je, mesti jiwa kacau punya. Baru2 ni aku ade pegi kenduri kawen sorang membe UPM, a.k.a. Kolej Poly-Tech Mara gak, memang meriah btol sampai kena tunggu giliran nak dapat tempat duduk beb..Tapi 1 benda yang aku memang suka time kenduri ni adalah tang makan tu..pergh..menjilat jari kaki la..aku nak book la katering tu gak..(erk)..Dalam perjalanan balik, bley kata hampir sume simpang yang aku nampak dari kajang ke UPM tu ade je tanda orang kawin (letak 1 bunga mangga ngan sign board nama pengantin). Ramai betol orang kawen ek. Dalam 2, minggu ni pon aku aku dengar merata2 orang kawen. Yang aku perasan la, musim cuti = musim orang kawen..hehe..Kalo aku kat kampung sekarang mesti aku bley tolong maksu wa aku katering.

Yang aku tak sukanya aku selalu dengar benda yang orang suka cakap, tapi aku tak suka nak dengar - "Kamu bila lagi nak kawen, time umor kamu ni mak kamu dah ade anak sekian2 dah.." Adoi makcik, tu mak saya, saya ngan mak saya punya beza memang cam langit ngan bumi dah. Lagipun time tu beza ngan sekarang.

Sebenarnya, ade beberapa perkara yang aku rasa sebab kukuh aku tak bley kawen (pada aku la)

1- Mak ayah aku tak hidup senang lagi

2- Aku nak adik aku kawen dulu, tak kesah la orang kata langkah bendul ke, cendol ke, suka aku la..haha

3- Keje pon takde gi, takkan nak harap duit turun dari langit. Nak kawen pakai banyak duit woo..

4- Aku rasa aku sangat2 la tak bersedia nak kawen. Macam tak cukup matang lagi. Kawen ni banyak tanggungjawab, mampu ke aku.

5- Sebab yang sangat besar- Pakwe pon takde, nak cekau laki mana nak wat laki?haha. Aku ngaku aku memang ramai membe laki memandangkan aku punya minat memang cam budak laki2. Nak wat camne. Tapi yang serius? Takde maknanya..

6- Sebab terbesar sekali, ayat yang memang cliche- belum sampai jodoh lagi. Bila nak sampai? Aku mana la tahu kan..

Aku rasa 6 sebab tu dah cukup pada aku untuk menyatakan ketidakbolehan aku dalam urusan perkahwinan ni..haha..Tapi aku harap2 adik2, dan kawan2 aku dapat jodoh yang baik, yang dapat jaga diorang. Insya Allah. Janganla lupa jemput masa kawen nanti dah le..hehe..Aku ni dah siap planning untuk kenduri kawen adik aku. Walaupun dia pon belom lagi..Tak pedulik..wekk~

Sama2 la kita hayati artikel ini:

Perkahwinan dalam islam telah disyariatkan oleh Al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama'. Firman Allah, 'Dan kahwinilah orang-orang bujang lelaki & perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan'. (Surah An-Nur : 32)

Dalil pensyariatan dari Sunnah, bersabda Rasulullah, 'Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian). Bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menahan nafsunya'. (H.R.Bukhari & Muslim)


Akhir kata, kawen la dengan hati yang ikhlas, bukan sebab nafsu semata, bukan sebab jeles tengok orang lain dah kawen..bukan2..Ok..nak tido...Huuuaaaaarrghh~

9 comments:

Anonymous said...

wahhh...betul2 aku setuju sgttttt...org sekeliling bkn tahu aper pun,sibuk jer tanyer bila nk kawin..huh!

**PriNciPLe_AmZy** said...

hehehe....kalau camtu aku tak leh kawen g ar sebab blom cukup sifat rohaniah sebagai seorang isteri ... hahahahaha =p

Mira said...

na: tau tak pe..lemas la..

ecah:ko bkn rohani je xde, zakiah, rokiah, sume xde..haha

Anonymous said...

kawen awal xfun.
wakakaka.
by ash.

Mira said...

btol tu ash..pening jerh nnt..haha

att said...

tapi long..ade je da kawen pastuhgatei nk kawen lagik.
xcukop 1 nk tambah beribu.
kalo kaya no hal!!!haha

pape pon nnt kawen ajak ek..baahaha

kaklong yg mls sign in lagi said...

of coz la ajak..kamu kn catering..muahahaha

**PriNciPLe_AmZy** said...

wek~!
huh!

malas sign in said...

ko dh kenape!!