Friday, January 13, 2012

MAKE YOUR PASSION YOUR PROFESSION

Aku macam tertarik gila dengan ayat ni yang diungkapkan dalam cerita 3 IDIOTS oleh watak Aamir Khan. Ye..bunyinya memang best pon. Siapa yang tak nak, kerja benda yang diorang suka nak buat kan. Tapi tu la..bukan semua bernasib baik untuk semua tu.

Ok, terus terang, bidang komputer memang bukan bidang aku. Memang aku belajar programming dulu..tapi..tu la..silap sendiri juga la tu kan. Kepada yang memang dah kenal aku, memang tau la apa yang aku memang sangat-sangat minat kan. Tapi banyak betul perkara yang kena ambil berat juga. Gaji yang paling utama, kestabilan kerja tu, pandangan orang.. macam-macam lagi la kan..Aku pun bukan orang senang, kena la banyak pikir sebelum nak ikut kepala aku je.

Tapi life must go on. Sekarang ini pada aku, just go with the flow, buat jela, nak kata apa kan(ayat sangat pasrah..wahahaha). Bukan apa, sejak bekerja ni, aku ada mendapat satu penyakit yang tak perlu la aku bagi spesifikasinya kat sini (tambah pula faktor-faktor lain). Yang penting agak makan diri juga. Tapi nak buat macam mana, harung jela kan.

Untuk anda-anda yang memang berkemampuan untuk ikut apa yang anda betul-betul mahu, silalah percaya yang saya sangat cemburu dengan anda..haha..tapi tak apa la, saya harap kalau benda ini boleh bahagiakan mak dan ayah, mesti ada keberkatan di situ ..huhu..

Tapi kan, saya pernah bermimpi untuk mencapai sesuatu..Saya berharap ia tidak mustahil dan saya akan cuba..Mana la tahu kan..Masa depan kita, bukan kita yang tentukan, semuanya Allah dah tetapkan, usaha jela.

Yang kuatkan semangat aku sekarang ini memang keluarga la. Terutamanya adik aku yang pendek tu..haha..Sebab kalau ikutkan aku memang dah down habis ni. Entahlah, mungkin aku je yang terlebih fikirkan benda ni..

.....Aku berharap akan lebih bahagia pada masa depan..Aku akan tunggu saat itu.

Friday, December 30, 2011

GeMoK

"Err..saiz tu je yang paling besar kat sini"...itu la ayat yang selalu aku dapat kebanyakan masa time nak beli baju walaupun saiz 'paling besar' yang dia kata tu memang aku tak muat..

Aku memang ngaku aku dah lama mengalami kegemukan ni..rasanya sejak darjah 4. Terus terang, aku memang sangat tension pasal perkara ni..lagi-lagi sekarang macam dah agak berusia jugak la kan..stamina badan pun bergantung pada benda ni jugak..

Setiap kali awal tahun aku mesti berazam nak kuruskan badan..Tapi kebiasaannya hangat-hangat tahi ayam jela..kihkihkih..Tapi aku harap kali ini aku betul-betul boleh buat..Ni bukan main-main..ini betul-betul..hahaha

Memang ade je kawan yang kata aku lagi elok macam ini. Ada yang kata sesetengah orang suka pasangan yang berisi(gitu~)..Tapi tak boleh la..aku nak sihat selalu. Benda ini boleh bawa penyakit. Seram. Tapi kalau kurus pon tak bererti sihat jugak. Kolestrol tu kena jaga (cewah).

Buat masa ini aku sedang ikut nasihat doktor untuk menjadi vegetarian. Well, not fully vegetarian. Rileks, kita dibenarkan makan benda2 tu jadi jangan menidakkan. Sebenarnya banyak je makanan vegetarian ni. Aku je yang tak tau selama ni.

Lastly, aku harap aku ada masa untuk exercise lepas ni coz i need it badly!!! ciao~~

Wednesday, December 21, 2011

...Kosong....

Nape saya rasa sangat kosong...


Saya tahu...

Sebab awak tiada dalam hidup saya...


Bilakah aku dapat membelamu wahai kucing...

Saya masih kosong..

Tuesday, December 20, 2011

Akhir Tahun Punya Cerita

Tak tahu la kenapa sejak kebelakangan ini, memang rasa stress yang teramat. Tapi kalau diikutkan memang la sebab utama dia kerja.

Pada masa-masa macam ini, orang lain sibuk nak menghabiskan cuti mereka dengan bercuti sampai la tahun baru. Cisssss..mentang-mentang la cuti aku dah habis.cis lagi. Di tambah pulak dengan dapat task baru neh, kena siap sebelum new year. Aduh...nape la semuanya mesti last minute macam ini. Tension doowwwhhh~~~

Tapi perkara yang bestnye akhir tahun camni memang la Year End Sale kan..hohoho..Memang bertambah keseronokan sebab orang lain yang dapat bonus (a.k.a mak ngan adik), pastu aku sekali dapat habuan..YAHOOOOOO!!Adalah dapat barang..hehe..Alhamdulillah~~

Satu perkara yang memang menjadi kemestian akhir tahun ni adalah azam baru..Aku punya azam yang dok berulang je (mau jugak 10 tahun) ni adalah nak kurus. Aku pun tak paham la kenapa liat bebenor nak kurusnya (padahal memang kuat makan). Tak apa la, cuba jela tahun ni..Kot-kot dapat pulak kan.

Aku berharap tahun hadapan akan menjadi tahun yang lebih baik pada aku dan keluarga, lebih baik bagi segala-galanya. Adios!

Wednesday, December 14, 2011

Sahabat gaduh, tapi sayang

Semua orang ada sahabat. Ada sahabat di tempat kerja, ada sahabat di rumah sewa (kalau sewa rumah la), ada sahabat dalam minat masing-masing (kebudayaan la pada aku), dan yang paling penting, sahabat baik.

Selama ini, satu-satunya sahabat baik saya adalah adik perempuan saya, yang memang sentiasa jadi kawan bercerita, kawan bergaduh, kawan ketawa, kawan cerita pasal lelaki hot, hahaha..

Pada suatu hari (OK macam permulaan cerita dongeng, saya mengenali seseorang ini yang memang saya tak sangka sudi menjadi kawan saya (OK macam cerita budak sekolah rendah). Pada ketika itu, saya sangat tertekan kerana banyak masalah menimpa, tak kisah la percintaan ke (erk....), keluarga ke, kerja ke, semua saya luah pada dia sebab saya tau walaupun dia pening tapi dia layankan je sebab kesian kat saya la kot (wuwuwuwuwuwu).

Hari demi hari, kami makin rapat dan saya selalu akan ingat untuk bawa dia ke mana saja saya nak pergi, contohnya makan ke, karaoke ke (kemestian), wayang je tak kesampaian. Saya sangat gembira dia hadir dalam hidup saya.

Sampai satu ketika ada salah faham antara kami. Ya, saya rasa memang salah saya kerana berkecil hati sebab dia sanggup teman orang lain sedangkan saya berharap untuk berjumpa dengannya pada hari itu selepas lama tak jumpa (bile tengok balik, sangat la tak matang aku ni..ceh). Selepas itu, kami berjumpa, saya tak sengaja tersakitkan hati dia dengan mulut saya yang memang tak boleh blah ni kalau tengah kecil hati. Tapi tak sangka dia betul-betul makan dalam apa yang saya cakap dan saya rasa sekarang saya masuk dalam senarai orang yang dia paling tak nak jumpa(padan muka gak sebenarnya).

Jadi, saya rasa persahabatan kami sampai situ pada dia. Tapi pada saya, dia tetap kawan saya dan saya takkan berhenti minta maaf walaupun dah tak sampaikan melalui mesej etc.

Tuesday, December 13, 2011

...apabila rasa makin tua..

Sejak kebelakangan ni, macam2 benda yang buat aku rasa dah tua...walaupun memang semua orang tua, tapi arini aku rasa sangat tua..haha

Petang tadi keluar pulak satu cite ni. Aku rasa orang2 yang baya2 aku tak pun lebih berusia dari aku tau kot cite ni. LENJAN. Untuk yang tak pernah mengetahui, ni aku ade sikit info pasal cite neh :

Lenjan ialah sebuah filem drama thriller arahan , Ismail Yaacob yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 2 Julai 1998. Filem yang dibintangi oleh Eman Manan, Rosyam Nordan Nina Juren ini menonjolkan kehebatan lakonan Rosyam Nor.Filem ini juga turut mewakii Malaysia pada Festival Filem Asia Pasifik dan berjaya merangkul anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik yang dimenangi oleh pelakon Rosyam Nor .

Pencapaian:

Festival Filem Malaysia Ke-14

  • Penyunting Terbaik-Elias Maidin(Pemenang)
  • Pengarah Harapan –Ismail Yaacob(Pemenang)

Anugerah Skrin Keempat,1999

  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik-Rosyam Nor (Pemenang)
Masa tengoh menonton cite ni dengan seorang adik yang berusia 18 ni, cite la sikit2 plot dia..Pastu dia tanya "Sape pompuan (watak isteri eman manan) ni kak long".

Aku pon jawab la, "Ala..Nina Juren la ni..". Kemudian dia tanya lagi ,"Sape tu".

"......................................................................," aku agak cengkerik di situ. Pada zaman aku, Nina Juren adalah salah sorang pelakon wanita yang famous gak pastu kira hot la zaman tu...haih...rasanya macam baru je lagi dia berhenti berlakon. So, aku memang la dah tua..MUAHAHAHAHAHAHA.

p/s: aku pon tak paham ape motif aku ni, & aku tak tau ade ke tak orang baca ni, tapi aku saje nak cite :)



Tuesday, February 22, 2011

suka ati aku la pantun aku

Luka di hati lama nak sembuh,

Mencari teman tempat mengadu,

Bangun tidurku pagi nan subuh,

Fikiran melayang menanggung rindu.


Membawa diri ke Ulu Chepa,

Singgah sebentar di Inderagiri,

Bersiap ke kerja menghias rupa,

Berlagak gembira sembunyi diri.


Merentas hutan nampak rerama,

Di kala malam terlihat kekunang,

Kereta ku bawa lagu bergema,

Memaksa diri jangan mengenang.


Melepas lelah di kota Melaka,

Pesan teman lantas terngiang,

Tiba di Serdang kenangan belaka,

Airmata ku tahan bernyanyi riang.


Indah sungguh mawar di taman,

Cantik ditanam tanah nan rata,

Di tempat kerja bersenyum-senyuman,

Sibukkan diri mengubat derita.


Pantun dibawa zaman berzaman,

Cantik bahasa indah susunannya,

Balik kerja kawan meneman,

Mengelak diri teringat padanya.


Melentur buluh dari rebung,

Andai rebungnya mampu disua,

Kala malam sunyi menyelubung,

Bayang mu bagai bayang ku jua.


Bermain si kecil tampaknya leka,

Tersalah langkah luka di siku,

Fikirku tidur pemisah duka,

Manakan tahu dikau mimpiku.


Mengintai-intai di balik tabir,

Terlihat pahlawan dari Jawa,

Bangun tidurku senyum di bibir,

Mengulang semula derita di jiwa.


p/s: pantun ini memang ade kena mengena ngan orang yang idop…alalalalala~