Aku macam tertarik gila dengan ayat ni yang diungkapkan dalam cerita 3 IDIOTS oleh watak Aamir Khan. Ye..bunyinya memang best pon. Siapa yang tak nak, kerja benda yang diorang suka nak buat kan. Tapi tu la..bukan semua bernasib baik untuk semua tu.
Ok, terus terang, bidang komputer memang bukan bidang aku. Memang aku belajar programming dulu..tapi..tu la..silap sendiri juga la tu kan. Kepada yang memang dah kenal aku, memang tau la apa yang aku memang sangat-sangat minat kan. Tapi banyak betul perkara yang kena ambil berat juga. Gaji yang paling utama, kestabilan kerja tu, pandangan orang.. macam-macam lagi la kan..Aku pun bukan orang senang, kena la banyak pikir sebelum nak ikut kepala aku je.
Tapi life must go on. Sekarang ini pada aku, just go with the flow, buat jela, nak kata apa kan(ayat sangat pasrah..wahahaha). Bukan apa, sejak bekerja ni, aku ada mendapat satu penyakit yang tak perlu la aku bagi spesifikasinya kat sini (tambah pula faktor-faktor lain). Yang penting agak makan diri juga. Tapi nak buat macam mana, harung jela kan.
Untuk anda-anda yang memang berkemampuan untuk ikut apa yang anda betul-betul mahu, silalah percaya yang saya sangat cemburu dengan anda..haha..tapi tak apa la, saya harap kalau benda ini boleh bahagiakan mak dan ayah, mesti ada keberkatan di situ ..huhu..
Tapi kan, saya pernah bermimpi untuk mencapai sesuatu..Saya berharap ia tidak mustahil dan saya akan cuba..Mana la tahu kan..Masa depan kita, bukan kita yang tentukan, semuanya Allah dah tetapkan, usaha jela.
Yang kuatkan semangat aku sekarang ini memang keluarga la. Terutamanya adik aku yang pendek tu..haha..Sebab kalau ikutkan aku memang dah down habis ni. Entahlah, mungkin aku je yang terlebih fikirkan benda ni..
.....Aku berharap akan lebih bahagia pada masa depan..Aku akan tunggu saat itu.
2 comments:
Hurm...samalah kita miyahhh ... Takpe2 yang penting ada matlamat hidup ... Hidup dengan memikirkan orang lain punya kebahagiaan dan keselesaan itu mulia ... Mudah2an ada yang terbaik untuk kita sebagai pulangannya...PASTI ADA! (^^,
harapnya mcm tu la...entah la cah..aku ikut jela..
Post a Comment