Monday, May 14, 2012
Tangisan Yang Senyap
Tangisan ku itu tidak kau lihat,
Tangisan ku itu tiada siapa yang lihat,
Tangisan ku hanya dalam gelap,
Tangisan ku hanya tangisan yang senyap.
Ketika ku menangis dulu kau usap airmataku,
Menghiburkan ku dengan jenakamu,
Kau menghabiskan masa mu bersamaku,
Cuba menghilangkan tangisan tanpa hentiku.
Ketika ku menangis dulu kau nyanyikan lagu untukku,
Memetik gitarmu senandungkan lagu sambil tersenyum,
Walau kejauhan kau masih memetik gitar mendendangkan lagu,
Menenangkan hati ku, membuatku tersenyum bahagia,
Tapi kini, walau sudah sekian lama,
Aku masih menangis,
Tangisanku kerna dirimu,
Tangisanku yang pernah kau hentikan dulu,
Kau kini tidak ambil peduli,
Kerana .. kerana.. aku bukan sesiapa bagi mu.
Kini ku faham mengapa kau menghubungiku pada saat itu,
Merungkaikan kata maaf,
Menitis airmataku ketika itu,
Kerana tiada jawapan yang dapat kuberi,
Rupanya kau akan meninggalkanku,
Menjadi milik orang lain selamanya,
Tapi tangisan ku ini hanya milikku,
Tangisan ku ini tangisan yang senyap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment