Wednesday, December 14, 2011

Sahabat gaduh, tapi sayang

Semua orang ada sahabat. Ada sahabat di tempat kerja, ada sahabat di rumah sewa (kalau sewa rumah la), ada sahabat dalam minat masing-masing (kebudayaan la pada aku), dan yang paling penting, sahabat baik.

Selama ini, satu-satunya sahabat baik saya adalah adik perempuan saya, yang memang sentiasa jadi kawan bercerita, kawan bergaduh, kawan ketawa, kawan cerita pasal lelaki hot, hahaha..

Pada suatu hari (OK macam permulaan cerita dongeng, saya mengenali seseorang ini yang memang saya tak sangka sudi menjadi kawan saya (OK macam cerita budak sekolah rendah). Pada ketika itu, saya sangat tertekan kerana banyak masalah menimpa, tak kisah la percintaan ke (erk....), keluarga ke, kerja ke, semua saya luah pada dia sebab saya tau walaupun dia pening tapi dia layankan je sebab kesian kat saya la kot (wuwuwuwuwuwu).

Hari demi hari, kami makin rapat dan saya selalu akan ingat untuk bawa dia ke mana saja saya nak pergi, contohnya makan ke, karaoke ke (kemestian), wayang je tak kesampaian. Saya sangat gembira dia hadir dalam hidup saya.

Sampai satu ketika ada salah faham antara kami. Ya, saya rasa memang salah saya kerana berkecil hati sebab dia sanggup teman orang lain sedangkan saya berharap untuk berjumpa dengannya pada hari itu selepas lama tak jumpa (bile tengok balik, sangat la tak matang aku ni..ceh). Selepas itu, kami berjumpa, saya tak sengaja tersakitkan hati dia dengan mulut saya yang memang tak boleh blah ni kalau tengah kecil hati. Tapi tak sangka dia betul-betul makan dalam apa yang saya cakap dan saya rasa sekarang saya masuk dalam senarai orang yang dia paling tak nak jumpa(padan muka gak sebenarnya).

Jadi, saya rasa persahabatan kami sampai situ pada dia. Tapi pada saya, dia tetap kawan saya dan saya takkan berhenti minta maaf walaupun dah tak sampaikan melalui mesej etc.

3 comments:

Kak Adah said...

tedeeeeeeeeeee

Mira said...

ape neyyy

Dina Sitina said...

Dulu aku ada sahabat dari kecil,,tapi sudah dewasa masing² buat hal masing²