Tuesday, December 13, 2011

...apabila rasa makin tua..

Sejak kebelakangan ni, macam2 benda yang buat aku rasa dah tua...walaupun memang semua orang tua, tapi arini aku rasa sangat tua..haha

Petang tadi keluar pulak satu cite ni. Aku rasa orang2 yang baya2 aku tak pun lebih berusia dari aku tau kot cite ni. LENJAN. Untuk yang tak pernah mengetahui, ni aku ade sikit info pasal cite neh :

Lenjan ialah sebuah filem drama thriller arahan , Ismail Yaacob yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 2 Julai 1998. Filem yang dibintangi oleh Eman Manan, Rosyam Nordan Nina Juren ini menonjolkan kehebatan lakonan Rosyam Nor.Filem ini juga turut mewakii Malaysia pada Festival Filem Asia Pasifik dan berjaya merangkul anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik yang dimenangi oleh pelakon Rosyam Nor .

Pencapaian:

Festival Filem Malaysia Ke-14

  • Penyunting Terbaik-Elias Maidin(Pemenang)
  • Pengarah Harapan –Ismail Yaacob(Pemenang)

Anugerah Skrin Keempat,1999

  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik-Rosyam Nor (Pemenang)
Masa tengoh menonton cite ni dengan seorang adik yang berusia 18 ni, cite la sikit2 plot dia..Pastu dia tanya "Sape pompuan (watak isteri eman manan) ni kak long".

Aku pon jawab la, "Ala..Nina Juren la ni..". Kemudian dia tanya lagi ,"Sape tu".

"......................................................................," aku agak cengkerik di situ. Pada zaman aku, Nina Juren adalah salah sorang pelakon wanita yang famous gak pastu kira hot la zaman tu...haih...rasanya macam baru je lagi dia berhenti berlakon. So, aku memang la dah tua..MUAHAHAHAHAHAHA.

p/s: aku pon tak paham ape motif aku ni, & aku tak tau ade ke tak orang baca ni, tapi aku saje nak cite :)



2 comments:

Kak Adah said...

Sameon!!!

Mira said...

itin